Jumaat, 28 Ogos 2009

Harapan Ramadhan

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada

Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah…

Dengan rahmatMu oh Tuhanku…

Ku tempuh jua.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA UNTUK SEMUA.... Sedar-sedar dh masuk hari yang ke-8 kita berposa dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Jadi sama-samalah kita berusaha, berdoa dab bertawakal moga-mogahan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dari yang sebelum-sebelumnya.

" Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan senpurna....." nasyid ni selalu dimainkan di radio dan televisyen setipa kali tibanya posa, lagu ni buat ana cukup bermotivasi tuk menempuh bulan Ramadhan yang mulia ni tapi bila dengaq ja lunak nada lagu ni,rasa macam sedih ja. "Lenguh,kekok,seram sejuk dll" itu semua perasaan ana bila mula menulis blog ni sbb baru first time nak mula.Macam budak masuk sekolah darjah 1 la rasanya..hehek! apa-apa pun ana sudi menerima sebarang teguran jika ada salah silap ana dalam penulisan ni moga-mogahan kita sama-sama dapat manfaat darinya..

Klik jer.. Bukan Kena Bayar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails