Jumaat, 27 November 2009

Selamat Hari Raya 'IdilAdha@ Selamat Hari Raya Korban@Haji


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Raya AidilAdha kepada sahabat-sahabat blog dan semua umat islam yang melata di dunia ini.. Sempena Hari Raya Korban ni saya nak kongsi dengan kalian semua Khutbah Raya, moga mendapat manfaat =)

Khutbah Hari Raya AidilAdha 1430 Hijrah

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

فرمان الله تعالى دالم أية 79-80 سورة الأنعام :
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَحَاجَّهُ قَوْمُهُ ۚ قَالَ أَتُحَاجُّونِّي فِي اللَّهِ وَقَدْ هَدَانِ ۚ وَلَا أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ رَبِّي شَيْئًا ۗ وَسِعَ رَبِّي كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ۗ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ

Maksudnya : “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”. Dan dia (nabi Ibrahim) dibantah oleh kaumnya lalu dia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,
Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga kedatangan Eidil Adha kali ini lebih bermakna terutama dalam mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat berasaskan Islam. Yakinlah kita bahawa tiada cara dan sistem hidup yang terbaik dalam mencapai kebahagian melainkan Islam. Setiap kali menyambut hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan suci nabi Ibrahim sekeluarga dalam mengembangkan Islam bermula daripada pembinaan keluarga yang taat patuh kepada Allah. Al-Quran turut menceritakan bagaimana nabi Ibrahim terpaksa berdepan dengan bapanya sendiri Azar yang bukan sahaja seorang penyembah berhala malah pembuat patung berhala itu sendiri seterusnya masyarakat sekeliling sehinggalah kepada raja berkuasa. Di sini kita dapat melihat tentang kehebatan nabi Ibrahim dalam berhujah dan berdakwah sehingga mengalahkan kesesatan. Malangnya kekuatan hujah dilawan dengan kuasa sehingga nabi Ibrahim dibakar di dalam unggun api yang marak membakar. Tindakan menolak hujah kebenaran adalah lahir daripada sikap takabbur dalam diri Namrud dan pengikutnya sehingga tidak mahu tunduk kepada kebenaran Islam. Takabbur menjadi punca utama Iblis kufur kepada Allah dan juga betapa ramai umat manusia yang dirosakkan oleh penyakit hati yang paling merbahaya ini. Manusia biasanya menjadi takabbur apabila merasai dia lebih daripada orang lain dalam beberapa perkara antaranya ialah : [1] merasai ilmu lebih tinggi [2] amalan solehnya lebih banyak [3] rupa parasnya lebih cantik [4] tenaganya lebih kuat [5] keturunannya lebih baik [6] hartanya bertimbun [7] pangkatnya lebih hebat. Keadaan lebih parah sekiranya penyakit takabbur ini dihidapi oleh golongan pemimpin sehingga dia sanggup menggunakan kuasa yang ada dalam menyekat kebenaran.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah al-Kauthar :

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya.
Ketika menyambut hari korban maka kita turut ingat tentang perintah Allah melalui surah al-Kauthar agar kita menghidupkannya dengan solat sunat hari raya dan juga ibadat korban yang begitu banyak kelebihannya. Menyingkap kepada pengajaran penting surah yang sama iaitu bagaimana nabi Muhammad s.a.w turut berdepan dengan manusia takabbur yang menolak dakwah Islam sebagaimana nabi Ibrahim a.s. Malah nabi pernah dituduh sebagai manusia yang putus keturunan atas alasan semua putera baginda mati ketika masih kecil padahal bangsa arab terutamanya menganggap bahawa anak lelakilah sebagai penerus keturunan sedangkan anak perempuan hanya mengikut keturunan suaminya bila sudah berkahwin. Tuduhan liar dan jahat kuffar dijawab oleh Allah bahawa merekalah sebenarnya terputus nikmat di dunia apatah lagi di akhirat nanti kerana Islam terus berkembang, dakwah nabi terus berjaya dan diteruskan sedangkan amalan kuffar terus ditinggal dan dilupa sebagaimana kita jarang mendengar walaupun daripada mulut orang kafir sendiri bahawa mereka mengikut ajaran Firaun, Namrud, Abu Lahab dan sebagainya. Sedangkan Islam walaupun nabi Muhammad s.a.w telah meninggal kita lebih 1400 tahun yang lalu namun ia terus diperjuangkan sehingga hari qiamat.
Oleh itu kita mesti menjadi umat yang sentiasa mendapat nikmat daripada Allah di dunia dan akhirat dengan memahami dan melaksanakan Islam dalam setiap aspek kehidupan bermula daripada diri sendiri diikuti keluarga, masyarakat seterusnya negara. Pastikan kaum lelaki menjadi bapa yang baik kerana bapa terbahagi kepada tiga jenis iaitu [1] bapa yang terlalu garang sehingga hilangnya rasa kasih sayang dalam keluarga. [2] bapa dayus yang membiarkan anak dan isteri derhaka pada Allah seperti mendedah aurat, bergaul bebas sehingga kita begitu gerun dengan suatu kajian yang dibuat 2 dekad yang lalu yang menunjukkan bagaimana 2 daripada 3 pelajar sekolah pernah berzina dan apa yang lebih malang kebanyakan mereka berzina dalam rumah bukannya di luar. [3] bapa yang penyayang sebagaimana yang disarankan oleh nabi melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani :

قَالَ الرَّسُوْلُ  : خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِيْ

Maksudnya : Sebaik-baik orang diantara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya dan aku terbaik antara kamu sentiasa berbuat baik kepada ahli keluargaku
Pastikan anak-anak kita dapat menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, agama dan negara semasa kita masih hidup dan bila kita sudah menghembus nafas terakhir nanti dengan memberi didikan agama yang sebaiknya. Didiklah anak supaya sentiasa berdoa untuk kedua ibubapanya terutama selepas kematian keduanya. Ibarat kata syair arab bahawa bukanlah dikira anak yatim semata-mata kematian ibubapa sebaliknya anak yatim yang sebenar ialah anak yang mempunyai ibubapa namun mereka lebih sibuk dengan urusan hidup sehingga mengabaikan perhatian kasih sayang dan didikan sewajarnya terhadap anak.
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 1-4 surah al-Ghasiyah:

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً

Maksudnya : Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar)
Jika para jemaah haji yang berkumpul di padang Arafah pada 9 Zulhijjah sentiasa digambar tentang perhimpunan di padang Mahsyar nanti untuk dihisab tentang segala amalan kita di dunia ini samada baik atau jahat maka kita pada hari ini marilah sama-sama menghayati beberapa potong ayat daripada surah al-Ghasiyah yang kerap dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat Jumaat dan hariraya. Mengapakah surah berkaitan qiamat menjadi pilihan nabi pada hariraya yang biasanya dikaitkan dengan hari bergembira di mana di sana sepastinya ada hikmat tersendiri terutama memastikan kita bersiap sedia untuk bergembira bukan setakat di dunia malah yang lebih penting di akhirat nanti dengan menambah amal ibadat serta menjauhi maksiat. Ketika bercakap tentang kaitan qiamat dengan cuaca dan keadaan bumi pada hari ini yang semakin berubah maka banyak telahan dan andaian telah dibuat. Bukan umat Islam sahaja yang sememangnya wajib percaya kepada berlakunya qiamat yang bercakap tentang dunia yang semakin kepada saat kehancuran malah ahli sains turut mengakui bahawa bumi ini bakal hancur akibat hentaman komet atau asteroid dan apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Begitu juga apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas yang mengakibatkan pertembungan sesamanya di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. Malah sebuah filem barat yang begitu laris ditayangkan berdasarkan teori ‘pengakhiran kalendar’ kaum Mayan, Mexico di mana mengikut teori ini kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Qiamat pasti datang dan ia semakin hari semakin hampir. Telah banyak tanda-tanda qiamat yang sudah berlaku di depan mata kita. Bergantung kepada kita samada mahu mengambil perhatian dengan meningkat amal ibadat serta menjauhi maksiat ataupun sebaliknya. Jadilah manusia yang pintar yang sentiasa bersedia dengan bekalan akhirat

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Bumi pada hari ini bagaikan tidak mesra dengan manusia akibat kerakusan manusia sendiri yang merosakkan bumi atau melakukan penderhakaan maksiat terhadap Allah. Malaysia sendiri mula merasa ancaman gempa bumi walau pun berada di luar kawasan ‘Lingkaran Api Pasifik’ sehingga terpaksa diadakan latihan kecemasan menghadapi gempa bumi terutama kepada rakyat yang berada di bangunan tinggi disamping syarat pembinaan bangunan tinggi ditambah agar mampu tahan daripada gempa bumi. Tidak cukup sekadar persiapan keselamatan fizikal dan material sahaja dibaiki sedangkan amalan rasuah, pecah amanah disamping maksiat terus bertambah. Jika di Indonesia dan beberapa negara yang lain banyak bangunan yang runtuh dan nyawa yang terkorban akibat gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, gunung berapi dan sebagainya tetapi di negara kita banyak binaan termasuk stadium, makmal sekolah, jalan bertingkat, masjid , jambatan dan sebagainya runtuh bukan disebabkan gempa bumi sebaliknya akibat amalan rasuah dan pecah amanah dalam proses pembinaannya.



Media massa hari ini sibuk bercakap tentang integriti atau telus amanah dalam melaksanakan tugas terutama selepas Laporan Audit negara yang mendedahkan bagaimana 28 bilion wang negara hangus akibat pecah amanah dan sebagainya. Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila amanah diserahkan bukan kepada ahlinya maka tunggulah saat kehancuran. Malah kedudukan dalam indeks rasuah terus jatuh di mana Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009 berbanding tangga 47 tahun lepas. Amalan rasuah yang begitu meluas menyebabkan rosaknya sistem kehakiman, tergugatnya tahap keselamatan, terjejasnya sistem ekonomi, parahnya masalah sosial. Bila rasuah dijadikan sumber rezeki maka kehancuran yang diraih. Tidak cukup setakat anak bilis yang diberkas sedangkan bapa jerung terus dibiar bebas. Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan kita tentang fitnah akhir zaman termasuk amalan rasuah yang dijadikan budaya dan keperluan hidup sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani dan Abu Nu’aim daripada Muaz bin Jabal:

قال الرسول  : خُذُوْا العَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءًا فَإِذَا صَارَ رَشْوَةً فِىْ الدِّيْنِ فَلاَ تَأْخُذُوْهُ وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيْهِ يَمْنَعُكُمُ الفَقْرُ وَالحَاجَةُ

Maksudnya : Ambillah oleh kamu akan suatu pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Ketika mengingati pengorbanan hebat nabi Ibrahim yang terpaksa menyembelih anaknya nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya maka kita ingat beberapa hadis nabi antaranya maksud sabda Rasulullah SAW, “Mimpi itu tiga jenis, iaitu mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah; mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” (Hadis Imam Muslim). Maksud sabda Nabi SAW , “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita yang menggembirakan).” Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi, “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang soleh” (Hadis Imam al-Bukhari).

Kita faham bahawa al-Mubasysyiraat atau mimpi benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-Nya dengan memberi gambaran perkara baik yang bakal berlaku. Mimpi benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hambanya mengenai perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum baru kerana segala ajaran mengenai Islam ini sudah sempurna sebelum Rasulullah s.a.w wafat. Oleh itu sebarang ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu atau hukum baru mestilah dijauhi. Dalami ilmu agama supaya tidak mudah terkeliru dan terpesong

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Sempena berada pada hari raya korban juga kita mesti meningkatkan tahap pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dan membantu saudara seagama. Penderitaan umat Islam yang sedang dibunuh di Selatan Thailand, Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya menuntut pembelaan sewajarnya daripada kita. Kita juga wajib memberi perhatian terhadap usaha Kristian dalam memurtadkan mangsa gempa bumi Padang, Indonesia. Semangat berkorban yang dihayati melalui kisah nabi Ibrahim sekeluarga sepatutnya disuburkan sehingga umat Islam dapat bangkit daripada terus menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman musuh. Kembalilah kepada system Islam bukannya terus berpegang kepada khurafat sesat bahawa ekonomi tidak maju tanpa riba, undang-undang Islam pembawa kemunduran, Islam menyekat kebebasan manusia dan sebagainya. Khurafat ini lebih merbahaya berbanding apa yang dihebohkan ketika beberapa kejadian sejadah berdiri dan sebagainya kerana rakyat sendiri mudah terpengaruh dengan benda mistik dan tahyul akibat ditanam kepercayaan karut melalui tv dan majalah supaya takut kepada hantu lebih daripada takutkan Allah serta percaya bahawa benda pelik boleh mendatangkan manfaat dan mudhorat bukannya berpegang bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa melakukan sesuatu. Islam telah meletakkan manusia di tempat selayaknya bila system Islam dilaksana. Sebaliknya apabila Islam diketepikan telah menjatuhkan manusia bersikap seumpama binatang buas yang setiap hari berfikir bagaimana mahu membaham mangsa apabila kepentingan diri didahulukan walaupun terpaksa mengorbankan orang lain

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 13 November 2009

Qiamat Diingat Amalan Soleh Ditingkat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا

Maksudnya : Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulNya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya iaitu sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram insya Allah, dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui dan Dia memberikan selain itu kemenangan yang dekat.


Kini kita sudah berada dipenghunjung bulan Zulkaedah yang mengingatkan kita tentang suatu peristiwa besar dan bersejarah iaitu telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila nabi bersama 1400 atau 1500 orang umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisyyang merasa gerun melihat betapa ramainya jumlah umat Islam walau pun bertujuan untuk menunaikan ibadat haji bukannya untuk berperang. Akhirnya Rasulullah s.a.w telah menghantar Sayyidina Uthman bin ‘Affan ke Mekah untuk berbincang dengan pihak Quraisy bagi membolehkan umat Islam mengerjakan haji pada tahun itu. Pemergian Sayyidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya cerita bahawa beliau telah dibunuh. Ini menyebabkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat melakukan Bai’ah ar-Ridhuan di bawah sebatang pokok di Hudaibiah bagi menyatakan kesanggupan mereka untuk membela Islam walau pun terpaksa menumpahkan darah. Ketika mereka sedang berbai’ah, tiba-tiba munculnya Sayyidina Uthman di mana beliau turut sama dalam berbai’ah. Kuffar Quraisy yang mendengar tentang bai’ah yang dilakukan ini mula merasa gerun dan takut lalu mereka segera menghantar wakil bagi mengadakan perdamaian antara mereka dengan umat Islam. Perjanjian Hudaibiah ini walaupun pada pandangan zahirnya begitu merugikan umat Islam tetapi akhirnya terbukti bahawa tindakan yang diambil oleh nabi Muhammad s.a.w yang berlandaskan wahyu telah membuka jalan kepada pembukaan Kota Mekah. Asalnya hanya untuk menunaikan haji tetapi hasilnya dapat membuka Kota Mekah iaitu kejayaan berganda. Perjanjian Hudaibiah sepatutnya diambil pengajaran yang penting terutama dalam memberi petunjuk bagaimana cara terbaik dalam melakukan perjanjian atau kerjasama politik dengan orang kafir agar ia menguntungkan Islam bukan mengorbankan agama. Perjanjian dengan orang kafir memerlukan kepada kepimpinan yang tegas dan strategi yang kemas agar Islam benar-benar didaulatkan bukan bahan yang dipijak-pijak. Contohnya perjanjian damai dengan Israel yang dibuat oleh pemimpin yang telah dibeli oleh yahudi tidak berjaya menyelesaikan masalah bahkan menambah nasib malang yang menimpa Masjid Aqsa dan umat Islam. Begitu juga bagi kita yang berada di negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama maka tindakan berasaskan Islam mesti dilakukan ketika membuat sebarang hubungan kerjasama dengan orang bukan Islam agar ia membantu untuk menguatkan Islam bukannya satu demi satu hak dan keistimewaan Islam tergadai dan dihapuskan
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1 – 8 surah al-Zalzalah :

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Maksudnya : Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Ketika bercakap tentang cuaca dan keadaan bumi pada hari ini yang semakin berubah maka banyak telahan dan andaian telah dibuat. Bukan umat Islam sahaja yang sememangnya wajib percaya kepada berlakunya qiamat yang bercakap tentang dunia yang semakin kepada saat kehancuran malah agama lain seperti Hindu yang turut mengakui bahawa bumi ini akan hancur apabila sampai kepada pusingan gilirannya. Begitu ahli sains yang mengatakan bahawa bumi ini akan hancur akibat hentaman komet atau asteroid dan apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Bencana yang dahsyat dan besar juga boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. Malah sebuah filem barat yang baru ditayangkan berdasarkan teori ‘pengakhiran kalendar’ kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Qiamat bukan setakat disebut malah diambil sebagai suatu peringatan penting kepada kita semua agar kembali kepada cara hidup Islam dalam semua sistem samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jangan biarkan kita hanya menjadi orang yang hanya tahu bercakap tentang qiamat tetapi tidak bersedia untuk menemui Allah dengan bekalan akhirat. Manusia yang bijak ialah orang yang sentiasa bersedia dengan saat kematian dan bekalan akhiratnya.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 72 surah al-Ahzab :

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
Jika di Indonesia dan beberapa negara yang lain banyak bangunan yang runtuh dan nyawa yang terkorban akibat gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, gunung berapi dan sebagainya tetapi di negara kita banyak binaan termasuk stadium, makmal sekolah, jalan bertingkat, masjid , jambatan dan sebagainya runtuh bukan disebabkan gempa bumi sebaliknya akibat amalan rasuah dan pecah amanah dalam proses pembinaannya. Media massa hari ini sibuk bercakap tentang integriti atau telus amanah dalam melaksanakan tugas terutama selepas Laporan Audit negara yang membongkarkan bagaimana 28 bilion wang negara hangus akibat pecah amanah dan sebagainya. Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila amanah diserahkan bukan kepada ahlinya maka tunggulah saat kehancuran. Lahirkanlah dalam negara kita pemimpin yang amanah takutkan Allah bukannya pemimpin yang hanya tahu mengumpul kekayaan dengan menipu rakyat, Ulama’ akhirat yang menjadi penegur dalam memperbetulkan keadaan bukannya pengampu yang menambahkan lagi masalah sedia ada dan juga rakyat bawahan yang sentiasa cintakan cara hidup Islam. Ketika ramai lagi rakyat yang susah memerlukan bantuan tetapi wang negara dibazirkan begitu sahaja termasuk dalam projek mega yang tidak penting dan salah guna kuasa. Lahirlah masyarakat bermula daripada pemimpin hinggalah rakyat jelata yang bencikan rasuah dan jauhi pecah amanah atau kita bakal berdepan dengan kemusnahan yang lebih teruk. Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan kita tentang fitnah akhir zaman termasuk amalan rasuah yang dijadikan budaya dan keperluan hidup sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani dan Abu Nu’aim daripada Muaz b Jabal:

خُذُوْا العَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءًا فَإِذَا صَارَ رَشْوَةً فِىْ الدِّيْنِ فَلاَ تَأْخُذُوْهُ وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيْهِ يَمْنَعُكُمُ الفَقْرُ وَالحَاجَةُقال الرسول

Maksudnya : Ambillah oleh kamu akan suatu pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

ehsan dari : http://ekhutbah.wordpress.com

Selasa, 10 November 2009

Jadikan Telefon Bimbit Anda 1 Kemudahan dan Alat Menambah Pendapatan

Assalamualaikum..

Untuk posting kali ni saya nak kongsi dengan semua sahabat-sahabat saya dan pengunjung-pengunjung blog saya bahawa kiya boleh memanfaatkan sebaik-sebaiknya telefon bimbit kita. Setengah orang telefon bimbit hanya untuk call dan msg je tapi tau x bahawa handphone kita boleh membantu kita menambah pendapatan?

SIAPAKAH ANDA?

  • Pelajar Universiti
  • Golongan Bawahan yang ingin berjaya
  • Golongan yang ingin berjaya walau apa kata orang
  • Pekerja kilang
  • Pekerja Swasta
  • Kakitangan kerajaan
  • Salesman
  • Kedai Runcit
  • Yang mempunyai ramai kawan untuk Top Up
  • Suri Rumah
  • Asyik Wang tidak cukup

KELEBIHAN PERNIAGAAN INI ?

  • Urusniaga topup boleh dilakukan pada bila-bila masa (24 jam 7 hari seminggu).
  • Boleh menjual topup untuk ketiga-tiga telco utama (Celcom/Maxis/Digi).
  • Margin keuntungan yang tinggi (sehingga 5% untuk jualan etopup).
  • Sistem topup yang menggunakan kaedah auto-reload (topup terus dimasukkan ke nombor telefon selular pelanggan anda).
  • Boleh menjual Kad prepaid/IDD/STD seperti iTalk dan Nitetone.
  • Anda tidak perlu menyimpan bekalan stok (ia diuruskan secara elektronik oleh perisian khas kami), jadi tiada berlaku kecurian atau kehilangan stok.
  • Memperoleh laporan melalui sms setiap kali urusniaga topup dilakukan.
  • Keuntungan jualan topup diberikan secara terus diskaun.
  • Komisen sehingga 3 LEVEL akan diberikan sekiranya anda berjaya memperkenalkan Bisnes eTopup2u kepada rakan anda yang lain.
  • Perniagaan boleh dijalankan di rumah, di tempat kerja (pejabat), di kolej atau universiti asalkan anda boleh menggunakan telefon selular/bimbit dan juga boleh mengakses internet menggunakan komputer.
  • Sah disisi undang-undang.
  • Bukan skim cepat kaya.
  • Keahlian seumur hidup (selagi Bisnes Topup Prepaid wujud).
  • Tiada yuran tahunan.
  • Memperoleh laporan jualan prepaid harian dalam internet.

BAGAIMANA MAHU MULAKAN ?

  • Mempunyai Handphone
  • Mengunakan Prepaid (Hotlink/Celcom/Digi)
  • Modal RM40.00 - Sekali sahaja
  • Mempunyai Komputer dan Internet - satu kelebihan
Saya, masa belajar kat INSANIAH (KUIN) saya minat dengan bisnes ni, sebab kita x perlu cari pelanggan, pelanggan sendiri yang akan cari kita. Alhamdulillah saya boleh tambah pendapatan saya, apa yang penting apa sekali kerja kita lakukan jangan sekali-sekali putus asa.. Kalau berminat Click kat gambar ni====>>>

saya,pohon kerjasama dari sahabat-sahabat yang berminat,jika ingin mendaftar, semua nya melalui link gambar ni.. Kerana setiap pendaftaran yang dibuat akan dibayar kepada pempromosi LINK ini..
SAMA-SAMALAH MEMBANTU MEMARTABATKAN EKONOMI ORANG ISLAM....

Jumaat, 6 November 2009

Memori Persahabatan 2

Assalamualaikum..

Buat sahabat-sahabat..
Memori Persahabatan 2 adalah kesinambungan dari Memori Persahabatan 1 ( yang tak dapat saya paparkan sebab tiada dalam simpanan saya )yang kedua-duanya menyingkap rahsia persahabatan dan berlatar belakangkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).Drama pendek ini istimewa buat teman2 dari Kolej Universiti Insaniah sesi 2005-2009.Dan juga istimewa kepada sahabat-sahabat yang pernah punya kenangan di Insaniah.
Buat sahabat-sahabat yang tidak pernah mengenali Insaniah dan tidak pernah punya kenangan disini diharapkan dapat menghayati setiap babak yang dipaparkan..Ukhuwah ini takkan dapat dibeli dimana-mana..
Para pelakon Drama pendek ini adalah teman baik saya sendiri,mereka ini cukup berbakat dan saya juga adalah salah seorang pelakon dalam drama ini.harap dengan drama pendek ini dapat kita hayati bersama. Semoga anda semua terhibur =)..
wassalam..( http://hadfiz.blogspot.com )

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4 ( Tamat )

Peringatan Yang Jelas

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama ana x posting dalam blog nie.. yela orang baru buat blog..bila orang buat kita pun nak buat,gatal tangan.Apa-apa pun ana berpegang pada " Kalau orang tu boleh buat, pasti aku pun boleh buat macam dia"..psssttt tapi benda yang baik dan bawak faedah pada diri ana dan juga pada orang lain. Rasanya tak terlambat kalau saya nak Ucapkan Takziah kepada saudara-saudara kita yang diseberang sana iaitu Padang.Gempa bumi yang menimpa mereka amat menguji mereka.Baru-baru ni sahabat ana ada minta tolong ana surve internet tuk cari Khutbah, sebab dia nak kena baca Khutbah kat masjid Teluk Chengai, jadi ana jumpa 1 khutbah yang mencerita kejadian yang berlaku di Padang baru-baru ini.Jadi ana posting khutbah ini untuk sahabat2 mungkin boleh menjadi peringatan pada kita manusia yang sering Alpha..


السلام عليكم ورحمة الله وبركته
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 152 Surah Ali ‘Imran :


وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُمْ بِإِذْنِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَعَصَيْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا أَرَاكُمْ مَا تُحِبُّونَ ۚ مِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۚ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ ۖ وَلَقَدْ عَفَا عَنْكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.

Bulan Syawal buat sekian kalinya bakal meninggalkan kita di mana setiap kali berada dibulan Syawal maka ia mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah diikuti dengan Peperangan Ahzab atau Khandak yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah dan juga Peperangan Hunain yang berlaku pada tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Peperangan besar ini menyedarkan kita bagaimana api permusuhan kuffar terhadap Islam tidak pernah padam malah terus membara serta ia tidak mengenal tempat dan masa. Jika Rasulullah s.a.w bersama para pejuang Islam terpaksa berdepan dengan musuh yang nyata pada bulan Syawal sedangkan kita pada hari ini ramai yang kecundang dengan nafsu syahwat dan syaitan pada bulan Syawal yang diisi dengan program maksiat meminggirkan terus hasil tarbiah Ramadhan yang lalu. Betapa ruginya bila diri yang telah bersih kembali kotor dengan dosa. Betapa malangnya jiwa yang suci kembali dicemari oleh jijiknya maksiat

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun. Sayyidina Ali Karramallahu wajhah pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”. Perjuangan Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan yang mudah sebaliknya memerlukan kepada kesungguhan dan istiqamah. Kemenangan Islam tidak datang melayang sebaliknya menuntut kepada pengorbanan dan keikhlasan. Janji kejayaan daripada Allah tidak diperolehi dengan jalan yang senang sebaliknya menuntut kepada semangat kental dan kepatuhan. Bolehkah kita berjaya jika musuh Islam berusaha siang dan malam dalam menghancurkan kita sedangkan ramai umat Islam tenggelam dalam maksiat hampir keseluruhan masa. Bolehkan kita menang jika musuh Islam menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk merosakkan kita sedangkan umat Islam lebih senang berehat dan berhibur daripada memperjuangkan Islam. Mampukah kita mengalahkan musuh jika kita pun berperang untuk mengaut keuntungan dunia dan takut pada kematian sebagaimana musuh. Jangan banyak bertanya kepada Allah mengapa kita belum menang sebaliknya perbaikilah kelemahan yang masih ada dalam diri sendiri agar memenuhi syarat kemenangan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini juga maka kita mengucapkan takziah kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Kita juga wajib mengambil iktibar daripada peristiwa yang dahsyat ini untuk memperbaiki diri agar menjadi hamba yang taat setia kepada Allah bukannya golongan penderhaka. Bila kita mengkaji tentang Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 petang [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 petang [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya 1 Oktober jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi. Apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 bersamaan Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 bersamaan Surah ke 17 ayat ke 58 ] dan [ Jam 8:52 bersamaan Surah ke 8 ayat ke 52 ]. Secara susunan dalam al-Quran maka surah ke 17 ialah surah al Israa’ manakala surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

Bila direnungi satu persatu ayat-ayat tersebut iaitu bermula dengan firman Allah dalam surah al -Israa’ ayat 16 :


وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

Maksudnya : “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

Diikuti dengan firman Allah dalam surah al -Israa’ ayat 58 :


وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا ۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا

Maksudnya : “Tak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).”
Manakala firman Allah dalam surah al -Anfaal ayat 52 :


كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ ۙ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.
Ayat – ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Kita juga mesti ingat bahawa musibah yang datang jika ia dilalui dengan penuh kesabaran maka Allah datangkan pahala yang lebih besar serta pengampunan dosa dan kita juga doakan agar saudara yang meninggal dunia dalam musibah ini diberi oleh Allah dengan ganjaran yang baik. Ingatlah bahawa orang yang ditimpa musibah antara orang yang dikasihi oleh Allah jika ia mampu dihadapi dengan tabah kerana golongan yang paling banyak dan teruk dikenakan bala atau ujian oleh Allah ialah para nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Mas’ab bin Sa’ad daripada ayahnya:


قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاءً؟ قَالَ : الأنْبِيَاءُ ثُمَّ الأمْثَلُ فَالأمْثَلُ . يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ صُلْباً اِشْتَدَّ بَلاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ رِقَّةً اُبْتُلِىَ عَلَى قَدَرِ دِيْنِهِ فَمَا يَبْرَحُ البَلاءُ بِالعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الأرْضِ وَمَاعَلَيْهِ خَطِيْئَ

Maksudnya : Aku bertanya : wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang paling kuat ujiannya? Sabdanya : Para nabi kemudian seumpamanya maka sepertinya. Diuji seorang lelaki mengikut kadar agamanya, sekiranya agamanya kuat maka semakin kuat ujiannya dan jika agamanya lemah maka diuji mengikut kadar agamanya. Sentiasa berlangsung ujian ini sehingga ia berhenti, berjalan dia di atas muka bumi ini sedangkan tiada lagi dosa di atasnya.


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

ehsan dari http://ekhutbah.wordpress.com



Klik jer.. Bukan Kena Bayar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails